Wednesday, December 16, 2009

Luahan perasaan...

Semalam, tidur sampai pukul 2 pagi. Edit novel. Lepas menonton Tari Tirana, terus on notebook pukul 10 malam. Punca lambat siap kerana, memikirkan ayat yang sesuai untuk menterjemahkan imaginasi ke dalam bentuk ayat. Susah tau jadi penulis ni. Kita bukan tulis untuk karangan sekolah yang akan disemak oleh guru, Kita menulis untuk pembaca di seluruh Malaysia. Ia membabitkan wang. Kualiti produk dan kesan jangka panjang. Walaupun novel Napiru 2 sudah siap, tetapi entahlah, ada sahaja yang saya hendak betulkan. Saya agak tertekan juga. Adakah saya seorang yang mementingkan kesempurnaan? Saya berusaha melakukan yang terbaik demi kepentingan dua pihak.

Tulang belakang saya juga ada sakit-sakit sikit. Mungkin salah duduk. Jadi semalam saya telah membeli bantal empuk untuk saya bersandar pada kerusi. Saya dalam perancangan untuk menggunakan produk permata hijrah. Maklumlah, mata ni asyik melihat skrin notebook itu sahajakan.

Tuesday, December 15, 2009


"Cintamu ku rasakan pudar..."
"tak secerah seperti masa lalu"

Thursday, December 10, 2009

Dengan kadar segera....

Tuesday, December 8, 2009


Cinta itu buta atau aku yang buta tentang cinta...
Mereka mungkin tidak akan mengerti... sesiapa sahaja ada hak untuk bercinta dan dicintai... cinta itu bukan paras rupa, bukan harta, bukan darjat... cinta bagiku, adalah jiwa... --Faizul Darius--
"Sebagai manusia, aku sayang pada mu,"
--Ramlee Awang Murshid--

"Aduh! hari ini saya sakit gigi..."

Thursday, December 3, 2009


PELABURAN EMAS...
Tiba-tiba sahaja, saya terfikir perkara ini. Tuan-tuan semua ada terfikir tak apa yang sedang saya fikir? Apa yang saya faham tentang pelaburan emas ini adalah, beli emas, kemudian simpan. Apabila harga melonjak naik, jual semula. Setakat yang saya tahu, emas ini datang dalam tiga bentuk iaitu syiling, gold bar seperti yang tuan-tuan lihat pada gambar dan barangan kemas di kedai emas. Emas yang paling baik mutu nilainya adalah emas 24k iaitu 999.9%


Cemburu kerana sayang...
Cantik tak lukisan yang saya buat di sebelah ni. Kamu semua kalau mahu ambil silakanlah. Cemburu itu tandanya sayang. Kalau buat tak tahu, itu maknanya tidak sayanglah kann. Maafkanlah orang yang cemburu pada kamu, kerana dia memang sayangkan kamu... k...

Wednesday, December 2, 2009



Sharifah Shahira terkejut?

Ha, Tuan-Tuan semua, ini adalah salah satu koleksi gambar rahsia yang Faizul Darius telah simpan sekian lamanya. Sudah lama mahu paparkannya di blog tapi tak terbuat. Untuk kali ini, saya berbesar hati mahu kongsikan gambar lucu ini untuk tatapan umum. Eksklusif dari lensa kamera Canon IXUS 7.0 Megapixel saya ini. Ya, beliau memang terkejut. Puncannya begini, keadaan di luar masa itu sungguh sesak, kerana masing-masing mahu menunggu Dato Siti Nurhaliza keluar dari bilik itu. Jadi saya masa itu tersepit lalu berada di belakang pintu. Masa itu saya sudah bersedia dengan kamera di tangan. Sekali keluarlah pelakon dan pengacara ni, apa lagi terus sahaja saya tangkap gambarnya dan beliau terus terkejut. Ini adalah acara pesta buku tahun 2008 tak silap saya... kak shahira... anda tetap comel dan cantik walaupun terkejut...

Antara T shirt Dolce & Gabbana atau T shirt edisi khas RAMFC, mana satu mahu beli?

Lokasi, Sandy Utah Amerika Syarikat. Menggunakan enjin carian google dengan menaip faizul manjalina. Faizul nama aku manjalina nama kakak aku. Agaknya apa yang orang ini cari ya?

selera makan tiada...

Entahla... sudah tiga hari saya tidak ada selera makan. Kalau makan pun tak habis. Apa yang sudah berlaku sebenarnya ni? Tuan-tuan ada petua apa-apa tak untuk memulihkan keadaan ini.

Tuesday, December 1, 2009

ENTAH...

Monday, November 30, 2009


Hari Ini...


Hari ini, perut rasa tidak selesa, tekak pula rasa loya... keracunan makanankah aku?

Wednesday, November 25, 2009

Dia...

Kadang-kadang aku terfikir...
betulkah semuanya ini...
atau sekadar ilusi...
aku berjalan perlahan...
duduk di sebuah bangku, di bawah sebatang pokok...
waktu itu petang...
aku merenung jauh ke tengah tasik...
airnya berkelip-kelip disimbahi cahaya matahari...
aku merenung pula ros merah di tanganku...
untuk siapa ros merah ini sebenarnya?
tiada jawapan...
aku terus merenung ros merah di tangan ku...
dengan harapan ada jawapan darinya...

Penulis: Faizul darius.

Tuesday, November 24, 2009


Ros merah untuk kamu
Dewa: saya ada ros merah untuk kamu.
Dewi: saya amat sukakannya.
Dewa: awak nak tahu, bagaimana saya dapatkan ros merah ini?
Dewi: bagaimana tu?
Dewa: saya yang menanamnya dengan penuh kasih sayang.
Dewi: sayang awak
Dewa: sayang awak juga.
Drama pendek ini khas untuk mereka yang dilamun cinta.

Monday, November 23, 2009


3 TERUNA MELAYU
Ha, ini adalah gambar jamuan raya hari itu, saya ketika melihat-lihat gambar yang disimpan dalam cd, tiba-tiba saya ternampak gambar ini. Saya tertarik dengan gambar ini kerana masing-masing sedang asyik menikmati hidangan tanpa disedari gambar diambil. Dari kiri adalah faizul iaitu saya, kemudian mior dan di sebelahnya kimi. Gambar ini diedit kerana gambar asalnya kurang jelas. Mungkin guna kamera cap ayam .


Perjanjian cinta
Bila bercinta, banyak betul janji-janji manis yang diucapkan. Kenapa janji dilafazkan? Pada pendapat saya, ia sebagai mengikat rasa percaya orang yang kita sayang. Ini pendapat saya sahaja. Apa pendapat kalian pula.?

Thursday, November 19, 2009


Kunci Cinta
Dia dan kamu, masing-masing ada hati yang separuh. Tercantumnya kedua-dua hati itu, maka ia melengkapi ruh cinta kamu berdua.
Kunci cinta... kuncilah ia dengan kemas, supaya tidak dicerobohi oleh jiwa-jiwa yang datang mengganggu.
Maaf, saya terpaksa post entri ini kerana esok saya cuti.
"kuncilah ia dengan kemas, supaya tidak dicerobohi oleh jiwa-jiwa yang datang menganggu"--Faizul Darius--



Nota cinta untuk anda...

Ini dia nota cinta yang saya buat khas untuk pengunjung blog. Jangan malu jangan segan, sila ambil buat kenangan. Sebenarnya ia adalah sebahagian lirik sebuah lagu. Lagu apa? carilah sendiri. usaha itu tangga kejayaan. Anda dilamun cinta? sudah tentu kepercayaan menjadi perkara utama dalam mengukuhkan ikatan percintaan. kalau tiada rasa percaya, apa ertinya bercinta bukan...

"kalau tiada rasa percaya, apa ertinya bercinta..."--Faizul Darius--

Wednesday, November 18, 2009


Aura cinta...
Kamu pernah bercinta? apa rasanya ketika berada di alam percintaan? semuanya indah belaka... Terasa seperti, si dia dan kita sahaja yang menghuni dunia ini.
Oh indahnya alam percintaan. Kalau boleh, setiap saat ingin bersamanya. Dialah teman, sahabat dan kekasih. Setiap masalah, kegembiraan dan kejayaan, akan dikongsi bersama-sama. Untuk itu, kepada yang sedang dilamun cinta, faizul hadiahkan lukisan ini kepada anda semua. Ambilah dan tampal diblog masing-masing. Apa? bukan saya yang bercinta... saya tidak tahu hendak tulis apa hari ini, jadi ini sahaja untuk tatapan.